Powered by Blogger.

Saturday, 20 February 2100

Laman Utama

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali, alhamdulillah sekalung tahniah diucapkan kepada Penyelaras Bestari kerana berjaya membina laman web sekolah ini pada awal tahun 2015.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak warga Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis, Kuala Lumpur mengalu-alukan kedatangan semua warga sekolah ke Laman Web sekolah yang baharu ini.

Dengan kewujudan Laman Web ini, saya yakin ianya akan menyahut seruan kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mewujudkan satu budaya pembelajaran ICT dan budaya pembelajaran abad ke-21. Ianya juga selaras melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia anjakan ke-7 untuk mengintegrasikan ICT dalam pendidikan masa kini.

Laman web ini pastinya akan membantu memberikan maklumat berkenaan isu-isu pendidikan terkini selain dapat memberikan maklumat terbaru berkaitan aktiviti-aktiviti sekolah yang telah dijalankan. 

Melalui kewujudan Laman Web ini, saya sangat berharap agar semua warga sekolah dapat meningkatkan tali silaturrahim dan tautan muhibbah bagi mempertingkatkan lagi kemajuan dan kecemerlangan murid di dunia mahupun di akhirat.

Tidak lupa kepada semua guru, melalui Laman Web ini juga saya doakan supaya para guru terus bersemangat untuk mendidik anak bangsa kita kini yang penuh dengan cabaran luaran dan dalaman sendiri. Bekerjalah dengan semampu dan sebaik yang boleh, ASALKAN tidak lupa tanggungjawab kita kepada Rasulullah dan ALLAH.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkatkan kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menabur bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini. Sesiapa yang ingin memberi cadangan boleh emelkan atau terus hubungi Penyelaras Bestari/Webmaster laman web ini. InsyaALLAH, mudah-mudahan sekolah ini akan terus menjana kecemerlangan yang diredhai ALLAH S.W.T

Ikhlas,
Wan Nor Azida Bt Wan Zainal,
Guru Besar SK Taman Koperasi Polis,
2015- Kini.