Powered by Blogger.

SKTKP Pusat Kecemerlangan Pendidikan

Kami Warga Guru SKTKP akan terus berusaha menabur bakti dalam memperkasakan lagi kecemerlangan anak didik bangsa agar berjaya di dunia mahupun di akhirat seterusnya bertakwa kepada ALLAH dan Rasulullah.

Kejayaan Anda Adalah Matlamat Kami

Misi SKTKP adalah untuk melestarikan pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potens individu bagi memenuhi aspirasi negara.

SKTKP Pusat Pembelajaran Kondusif

Di SKTKP, persekitaran yang bersih dan kondusif dapat melonjakkan lagi semangat belajar murid-murid seterusnya memberikan satu keadaan di mana P&P dapat dijalankan dengan baik dan murid sentiasa seronok belajar.

Seimbang Rohani, Jasmani & Intelektual Fokus Utama Kami

Dalam melahirkan pelajar yang berwawasan, warga SKTKP akan berusaha dalam melahirkan pelajar yang memenuhi aspirasi falsafah pendidikan Negara seterusnya melahirkan pelajar yang menjadikan ALLAH dan Rasulullah sebagai pedoman utama hidup.

ICT Fokus Utama SKTKP

Dalam memperkasakan lagi penggunaan ICT melalui Anjakan ke-7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, warga SKTKP akan terus menjadikan bidang ICT sebagai teras utama dalam pengajaran dan pembelajaran.